Koleksi Cerita Lawak :)

Aku Bukan Gorilla


Seorang pemuda menerima tawaran kerja daripada sebuah zoo tanpa bertanya jenis pekerjaannya. Sebaik melaporkan diri, dia diberikan uniform berbentuk gorila. Tugasnya sepanjang hari ialah beraksi di kandang gorila bagi menggantikan haiwan itu yang mati beberapa hari lalu. Untuk itu dia perlu memanjat, bergayut dan berayun dari pokok ke pokok.

Lama-kelamaan pemuda tersebut merasa seronok dengan tugasnya. Namun pada suatu hari minggu yang sibuk, kerana terlalu penat berayun, tiba-tiba tangannya terlepas dan dia terjatuh ke dalam kandang singa.Singa yang sedang berehat terus menerpa ke arah pemuda tersebut.

Apabila melihat singa menghampirinya pemuda itu menjerit ketakutan.

"Tolong, tolong! Aku bukan gorila, aku manusia!" jeritnya.

Perlahan-lahan singa tersebut berbisik ke telinga pemuda itu.. 
"Hishhh! Diamlah,jika tidak kita berdua akan dipecat," kata singa itu.

Sama juga rupanya ... hehehe =P

.......................................................

Kisah 3 ekor hantu


Satu malam,ada tiga ekor hantu tengah berbual dan masing2 nak tunjuk kehebatan masing2.


Hantu1:Korg nk tgk tak kehebatan aku?
Hantu 2&3:Ha ap die?
(Hantu1 satu pun trus hilang dalam sekelip mate,dalam mse 10 saat die muncul balik dalam keadaan darah di satu badan.)
Hantu1:Ha korg npk tak kmpung kecik kat sblh ni?
(Hantu2 & 3 mengangguk)
Hantu1:Ha da habis da aku mkn dorg.
Hantu3:Perghh pantas gileee!!
Hantu2:Heh,tu x hebat mane.Tgk aku plak.
(Hantu2 terbang sepantas kilat dalam skelip mata dan muncul dalam 5 saat lepas tu,lg pantas drpd hantu1,dalam keadaan berdarah di taringnye)
Hantu2:Ha ko npk x bandar sebelah tu?Habis kering darah dorg aku isap.
Hantu3:ahaha,tu x hebat,meh aku tunjuk aku pnye khebatan plak.
(Hantu3 bgerak laju dan dalam satu 1 saat saje muncul smule dlm keadaan bdarah2,Hantu1 dan 2 tkejut)
Hantu1:Mak aihh,laju gle ko,siap bdarah2 lg.1 saat tuu.
Hantu3:Ko npk tak tembok kat sbelah tu?
(Hantu 1 dan 2 mengangguk)
Hantu3:Aku tak nampak tembok tu tadi.


...................................................

Biri Hitam Putih

Pemuda : Berapa banyak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama..
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa...yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiaptahun.Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam,padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : @_@

..........................................

Cerita Gula

Situasi: kedai runcit kampung.Ada seorang budak mahu beli
gula..

Budak : Auntie!! ada gula kah?
Auntie : Ada.. sana tu (sambil
menunjuk tempat)..
Budak : Tiada pun.. garam sama
belacan saja ni...
Auntie : Ada pun.. (sambil
mengambil bungkusan dari
... rak yang bertulis Garam..) ..
Budak : Auntie!! saya mahu gula
bukan garam...
Auntie : Gula la ni.. tapi saya
sengaja tulis garam supaya itu
semut tidak nampak..!

................................................

.:::LEMBU OH LEMBU..KALAULAH KAU PANDAI BERCAKAP:::.
Seorang lelaki sedang berjalan dengan lembunya...

LEMBU. Aku makan rumput. tuan makan apa?
LELAKI. Aku makan nasi. kita tak sama.
...
LEMBU: tuan tidur di mana?
LELAKI. Aku tidur atas tilam. engkau tidur dalam kandang. mana nak sama.

tiba2 kedengaran laungan azan....

LEMBU: itu suara apa?
LELAKI: Seruan azan mengajak bersembahyang.

LEMBU: tuan tak sembahyang?
LELAKI: tidak.

LEMBU: samalah kita.
LELAKI: ???????????

.............................................................

Benih Anak

Sepasang suami isteri sudah lama mencuba utk mendapatkan anak. Setelah mendapatkan nasihat dari doktor, akhirnya mereka bersetuju utk menggunakan kaedah “anak tumpang” atau kata lain, isterinya itu akan menggunakan benih lelaki lain utk mengandung.

Setelah bersetuju dan memilih bakal lelaki yang akan “menyedekahkan” spermanya, maka satu hari.. berkatalah si suami “Ok sayang.. abang pergi dulu… sebentar lagi lelaki tu akan datang…” (lelaki yang nak dermakan sperma dia).

Sambil menunggu kedatangan penderma tersebut, tiba² muncul seorang jurugambar yang kerjanya ambik gambar-gambar bayi. “Selamat pagi puan.. saya datang utk….” belum sempat habis bercakap, si isteri tadi memotong kata-katanya dan berkata “oh ya.. saya memang menunggu awak..””errr ye ke?” kehairanan photographer tu..”kalau macam tu..bagus la.. saya dah buat banyak bayi yang istimewa..(maksudnya gambar bayi yang baik la.. ) “Itu la yang suami dan saya harapkan..”kata si isteri..” silakan masuk..dan duduk la..

“”Hmmm macamana kita nak start? ” tanya si isteri setelah beberapa ketika. ..”Serahkan pada saya puan… saya selalunya buat di bathtub… sekali kat atas sofa.. dan beberapa kali di katil.. kekadang kat atas lantai diruang tamu saja. itu pun seronok juga..anda mesti suka…” kata lelaki tadi menerangkan tempat2 yang sesuai utk diambil gambar.. “Bathtub??? atas lantai…??? Patutlah ianya tak pernah berkesan pada saya dan suami..kami selalu lakukan di bilik tidur saja.. “jelas isteri….”Puan, tak ada orang yang boleh gerenti ianya baik setiap kali.. tapi kalau kita pelbagaikan posisi dan saya shoot dari beberapa angle.. saya jamin…anda akan suka dengan resultnya… Si isteri tercengang.

“Puan..dlm keja saya nie..seseorang mesti mengambil masa sikit..saya suka berada di luar dan di dalam buat beberapa ketika.. tapi tentu puan tak suka..”Macam saya tak tau???” kata si isteri..Photographer tadi mengeluarkan gambar2 bayi yang sungguh comel dari briefcasenya. . “yang ini saya buat masa di atas bus kat London ..”Hah!…atas bas????” terkejut si isteri…”Yang kembar ini plak memang tak disangka2.. bila anda tau bahawa memang susah nak bekerjasama ngan emaknya.. ” kata photograper tadi..

“Emaknyer susah nak bekerjasama????” tanya si isteri.. “Ya… memang susah.. sehingga saya terpaksa bawa dia ke Hyde Park utk buat keja dengan baik.. orang ramai mengerumuni kami ketika itu..utk melihat dengan jelas apa yang kami lakukan…”

“Di depan public???”terkejut si isteri. “Ya..dah tu..lebih kurang 3 jam baru selesai.. emaknya.. menjerit,terpekik. . sehingga saya tak boleh nak concentrate. .bila tupai2 dah datang menghampiri alat saya.. saya terpaksa berhenti melakukannya. . ” cerita si Photograper. . “awak maksudkan tupai-tupai tu really usik awak punya….alat? ??” tanya si isteri..

“Ya puan… tak per la.. Puan dah bersedia ker.. Saya akan siapkan tripod…. lepas tu kita akan mulakan..”Tripod????”nak buat aper..??? “tanya si isteri..”OH..itu utk laraskan alat saya nanti… ianya terlalu besar utk saya pegang lama-lama.. “”er puan.???Puan??? la..dier pengsan!!

..................................

Aku Nak Kawin


Anak : " Ayah, Saya nak kahwin "

Ayah : " Apaaaaa, kahwin????? kamu kan baru berusia 10 tahun "

Anak : " Biarlah, asalkan kahwin "

Ayah : " ye la-ye la. Kamu dah ada calon ke ?"

Anak : " Ada. Saya nak kahwin dengan nenek "

Ayah : " La.... kamu tidak boleh kahwin dengan Ibu Ayah "

Anak : " Siapa kata? Ayah boleh pula kahwin dengan Ibu Saya "

...........................................



Suami Isteri

Keluhan seorang SUAMI:


Subuh, mandi nak pergi kerja.
Pagi, naik kereta pergi kerja. 
Tengahari, tak payah kerja. 
Petang, balik kerja.
Maghrib, tak ada kerja.
Malam, tanya bini bole kerja. 
Bangun pagi, penat malam tadi kerja. 
Tak sudah-sudah dengan kerja.

Keluhan seorang ISTERI:

Subuh basuh kain.
Pagi sidai kain.
Tengahari angkat kain.
Petang lipat kain.
Maghrib susun kain.
Malam BUKA KAIN.
Bangun pagi, hilang kain.
Tak sudah-sudah dengan kain......



1 comment:

Baca je? Komen la sikit..