Koleksi Cerita Lawak 3

Cerita 1
Ali ialah seorang anggota polis .Pada suatu hari,ketika dia sedang pergi meronda di sebuah kampung,dia terlihat seorang budak menangis di tepi jalan lalu bertanya:

Ali : Kenapa adik menangis?
Budak : Saya nak lintas jalan ni…
Ali : La..tu pun nak menangis ke…Lintas ajelah,bukannya ada kereta lalu pun…jalan lengang ni..
Budak : Tapi mak kata kalau nak melintas jalan kena bagi kereta lalu dulu tapi dari tadi lagi tak ada kereta yang lalu pun.
Ali : %&$#%%..


Cerita 2
Dua orang sahabat baik pergi ke sebuah kedai makanan segera untuk memesan minuman ringan. Setelah pesanan sampai, mereka masing-masing keluarkan roti sandwich sendiri dan mula untuk makan.
Pemilik kedai yg dari tadi asyik memerhatikan tingkah laku mereka terus menuju ke arah mereka dan seraya berkata,
“Maaf encik, anda tidak dibenarkan memakan sandwich Anda sendiri di sini!”…

Maka dua org sahabat itu perpandangan, sesama mengangkat bahu dan mula menukar sandwich masing-masing…


Cerita 3
Kisah ni terjadi di sebuah kem tentera. Sepasukan penembak tepat sedang berlatih di lapang sasar. Salah seorang dari ahli pasukan tersebut, ada la sorang penembak yang paling lemah. Dari 10 tembakan yang dibuat, sekali pun tak kena sasaran.

“Satu pun tak kena??? Argghhh!!! tension aku, apa nak jadi dengan kau ni???”, sergah Kapten pasukan.

“Sorry tuann!!! tersasar tuan!!!” balas penembak tu.

“Takpe… takpe… saya akan dekatkan sikit sasaran tu ke jarak 5 meter, kalau tak kena jugak, dipersilakanlah untuk beramboss!!”

Tapi yg sedih, sama jugak keputusannya, habuk pun tak kena, dengan muka selamba, penembak tu pun meminta maaf “Sorry tuann!!!! tersasar lagi tuan!!!”.

Kapten yang dah hot tahap megi hot cup tu pun menyergah “Kalau macam ni baik kau pergi mamposs!!!. Pergi belakang berek tu dan bedil kepala kau sekarang jugakkk!!”

Kerana patuh dengan arahan, penembak tersebut pun pergi ke belakang berek. Kemudian terdengar bunyi tembakan dilepaskan. Seketika kemudian penembak tadi pun keluar lalu menuju ke arah tuannya.

“Sorry tuannn!!!!! tersasar lagi tuannnn!!!!!”


Cerita 4
Seorang pemuda datang berjumpa seorang Ustaz untuk meminta nasihat.

Pemuda : "Ustaz.. kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh saya? Sampai sekarang saya belum pernah ada kekasih... "

Ustaz : "Perempuan yang macammana menjadi idaman kamu?" Pemuda : "Saya mahukan seorang gadis yang putih, cantik, tinggi, pintar, penyayang dan menyintai saya sepenuh hati... "

Ustaz : "Ohhh ... kalau begitu kamu harus melaksanakan petua '3B. 'B' yang pertama adalah 'BERUSAHA'... apakah kamu sudah banyak berusaha?" Pemuda : "Susah terlalu banyak Ustaz... sudah merata tempat saya pergi untuk mendapat seorang gadis.."

Ustaz : "Kalau begitu kamu kena laksanakan 'B' yang kedua, iaitu 'BERDOA' dan juga 'BERPUASA'

Pemuda : "Sudah setiap kali saya berdoa selepas selesai sembahyang... saya juga akan berpuasa setiap hari isnin dan Khamis ... ."

Ustaz : "Nampaknya kamu sangat perlu melaksanakan "B" yg ketiga."

Pemuda : "Apa itu Ustaz! ?"

Ustaz : "BERCERMIN!"


Cerita 5
Terjadi satu hari sepasang suami isteri ni berselisih faham... dan tak bertegur sapa.. Si suami ni nak bangun pagi pada esoknya.. tak tau macam mana nak bagitau isteri supaya kejutkan dia pagi esoknya..Si suami ni dapat idea..lalu dia tulis satu nota "KEJUTKAN ABANG!! PUKUL 6.30 PAGI ESOK"

Esoknya si suami ni terlewat bangun... dia nak marah pun ada ... nak ketawa pun ada kat isterinya. Nak tahu kenapa?... si suami ni terjumpa nota dariisterinya di atas meja "BANG!! BANG!! BANGUN BANG! DAH PUKUL 6.30 PAGI"

4 comments:

  1. cerita no 1 tu terbaik.! hahaha anak yg dgr cakap

    ReplyDelete
  2. X lwk langsung sapa yg comment dia b***h

    ReplyDelete
    Replies
    1. so kau pon b***h la because kau komen. am i right?

      Delete
  3. tak lawak lasungggggggggggg aiyoooooooooooooooo

    ReplyDelete

Baca je? Komen la sikit..