Cuba kamu bayangkan rambut kamu tu , digantung ..
Kemudian di bakar dengan api neraka hingga mendidih otaknya. Kamu mati , kemudian dihidupkan semula.. digantung..dan di bakar lagi hingga mendidih otaknya..
Begitulah azab ahli neraka yang berlarutan.
Bila lagi wahai wanita Islam kamu hendak menutup aurat ?
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – Wahai ‘AhlulBait’dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji)."
(al-Ahzab: 33)
No comments:
Post a Comment
Baca je? Komen la sikit..