Alam telah pun bersumpah,
pada hari pertama dia diciptakan,
jika dia, disetubuhi tanpa rela
maka,
dia akan mengamuk tanpa belas,
menjadi taufan tanpa ehsan,
membadai pada tanah landai,
pada permai pantai
pada kepulan awan damai
menjadi petir yang getir
menjadi sangkakala di langit dunia
jadi tsunami bagi warga bumi...
Telah berfirman Tuhan dalam Qur'an,
bahawa yang merosakkan alam
adalah tangan-tangan anak Adam
berfikiran Iblis
menumpahkan darah dan membuat kerosakan.
Nuklearkanlah sahaja apa yang kamu mahu,
ciptakanlah peperangan sebanyak mana yang kamu mampu
sesakkanlah dunia dengan hasil-hasil kamu yang maju
cemarkanlah dunia dengan sampah sarap kamu yang sentiasa baru.
Di penghujungnya, baru kamu akan tahu........
sumpah dan laknat alam yang akan mengejarmu..!!

seram,but it's true..
ReplyDelete