Sumpahan Alam..!

Alam telah pun bersumpah,
pada hari pertama dia diciptakan,
jika dia, disetubuhi tanpa rela
maka,
dia akan mengamuk tanpa belas,
menjadi taufan tanpa ehsan,
membadai pada tanah landai,
pada permai pantai
pada kepulan awan damai
menjadi petir yang getir
menjadi sangkakala di langit dunia
jadi tsunami bagi warga bumi...


Harapan di Penghujung Senja




Sekian lama hati ini memikir..Hanya tuhan yang lebih tahu..susah senang hidup ini..Persoalan dari insan yang kerdil mengharap keberkatan hidup dariNya. Hidup ini bagaikan syurga bagi mereka yg lalai kepada tanggungjawab sebagai hamba Allah di muka bumi ini.Sudah terlupakah mereka bagaimana seksa yang dihadapi oleh insan mulia yg bergelar Muhammad s.a.w,bagaimana kasih sayang terhdap umat baginda hinggakan ke nafas terakhir. Andai hati ini kian pudar,andai ingatan ini kian leka,andai perasaan ini kian mengorak jauh,andai nafsu ini kian amarah INGATLAH Al-Quran dan Hadis sebagai pendamping kita.Sucikanlah hatimu wahai insan kerdil...

Perjuangan Yang Belum Selesai !



Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan

bonda


mega nan cerah
kelam tiba2
itu tandanya
ada bencana

saat itu ku sendirian di sisi
kubur bonda sunyi dan sepi
masih terngiang
kata2 nasihat
pedoman dan belaian kasih bonda
tapi kini bonda telah pergi
pergi nya tiada kembali
sewaktu mula ku
melankah dewasa mencari ilmu
tugas utama

Abg dan syg....

Hello sayang...

kenapa sayang tak nak angkat tepon bila abg call handset sayang tadi... janganlah sayang merajuk lelama sangat, betui... abg tersangatlah rindu kat sayang..... walaupun muka abg ni agak macho dan comel.... janganlah sayang jeles kat abg kalau-kalau ada awek lain yang asyik pandang-pandang dan senyum-senyum kat abg masa kita gi dating.... biasa la tuh...

Apa...tak muat...??? kan sayang dah test cincin tu masa kat kedai emas apek tu tadi... apsal la tak muat pulaks.... janganlah sayang risau.... duit cincin yang sayang bayarkan tadi..esok-esok abg bayarla balik kat sayang..... sayang pun sedia maklum....abg bukannya takde duit.. tapi duit tu abg dah belikan graphic card baru kat pc abg.... RAM pun abg dah beli yg baru... tambah lagi sekeping...kasi power sikit.... tu belum masuk nak tukar hardd! isk baru lagi tuh....Abg tau sayang marah sebab abg yang selamba katak jer... melompat longkang depan kedai apek tu tadi... tanpa menunggu sayang melintas titi.... bukan abg tak gentleman.. tapi abg cuma memeriksa kalau-kalau ada bahaya di seberang sana.... maafkan abg...tobat.. lain kali abg tak buat lagi.......

20 cara membuatkan roomate anda menjadi gila

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.