15 CARA DAN TIPS UNTUK DAPATKAN BUFFERED EARNINGS (BE) DARI NUFFNANG

Kali nie saya nak kongsikan dengan korang semua 15 Tips/Cara Untuk Mendapatkan Buffered Earnings (BE) dari Nuffnang. Tips nie dapat hasil dari pertanyataan dengan Otai2 Blogger dan juga pertanyaan terus kepada pihak Nuffnang sendiri. So nnt Nuffnang akan komen mengenai blog kita, apa yg kurang dan kenapa diorg tak pilih blog kita untuk mendapat iklan BE tersebut. Bile kita dah tahu mana silapnya, boleh la perbaiki lagi blog kita tue kan. Contoh BE:

CARA 1 DAN 2 (Update Bio Profile dan Blog Survey)


Ni paling wajib untuk di update. Nuffnang buat survey ni sebab terdapat beratus ribu blog berdaftar dengan Nuffnang, jadi ia digunakan untuk filter blog yg sesuai dengan kehendak pihak advertiser. Isi dan Update paling tidak pun sekali sebulan ataupun 2 minggu sekali.

Contoh 1 - survey reader, male ke female ke 50-50. Kalau pilih male, advertiser macam Nivea for man akan lebih tertarik utk advertise. Kalau letak famale, boleh sangkut iklan kotex dgn fair and lovely, kalau 50-50, mungkin bleh dpt yang tak specific according to gender macam iklan kereta, iphone, printer dan sebagainya


Contoh 2 -Age, kalau anda muda macam aku, reader pun muda, so advertiser macam social network, rakan muda minat laa nak advertise

Contoh 3-Kategori Blog, Kalau blog pasal food, selalunya akan dapat iklan dari syarikat makanan macam pizza hut, KCF dan mamee. Kalau finance mcm aku ni, likely akan sangkut laa sedikit sebanyak advertiser macam bank dan unit trust

CARA 3 (Kategori Blog)

Pastikan korang jangan classifykan blog korang sebagai blog socials@politics. PihakNuffnang memang tidak akan pilih blog jenis nie untuk iklankan produk mereka. 

CARA 4 (Kandungan Blog)

Nuffnang tidak sama sekali meletakkan kempen CPM jika blog tersebut mengandungi informasi daripada sumber yang lain. Oleh itu, keaslian kandungan blog anda adalah dititik beratkan.

CARA 5 (Fraud Clicks)

Since coding dari Nuffnang dah ada dalam blog korang, memang dia boleh detect fraud clicks, kalau memanjang jer klik iklan tue dari 1 sumber @ IP Address, memang boleh detect. Worse, xde ataupun sikit iklan dari Nuffnang. Worst lagi, Nuffnangbanned korang terus. Kesimpulannye jangan la buat Fraud Clicks ye kawan2.

CARA 6 (Lokasi Iklan)

Nie pun sangat penting, kalau salah pasang sampai tak nampak iklan yang keluar kat blog korang. Memang crawler Nuffnang boleh detect kalau salah, tapi malangnya anda akan terus dihukum untuk tak dapat iklan, crawler Nuffnang tidak akan beri peringatan pada korang untuk perbetulkan. Padan muka, sendiri kene ingat ok! Ad placement atau tempat letak iklan juga perlu mengikut garis panduan dari Nuffnang. Letaklah ditempat yg senang orang nampak dengan jelasnya. Cara nak letak iklan boleh rujuk kat Nuffnang ye.

CARA 7 (Letak Semua Jenis Iklan)

Meletakkan semua jenis ads units/banner ( LeaderBoard, Skycraper, Large Rectangle) ditempat yg strategik seperti yg disyorkan oleh pihak Nuffnang. Letak jer semua ketiga-tiga ads unit tu, tapi bukan bermakna letak terus korang akan dapat BE, sebab banyak faktor lain pun mempengaruhi jugak.

CARA 8 (Rekod Iklan Yang Lepas)

Sila lihat bintang2 yang korang dapat kat penjuru bawah sebelah kiri AnalyticsNuffnang. Kalau korang dapat 5 bintang maknanya ramai yg klik iklan dikawasan tue pada kempen iklan yang lepas. Biasanya korang akan dapat BE kat ruang yang 5 bintang tu la. Lagi satu rekod baik tak pernah buat fraud click, Jangan memain tau, kalo kena ban nnt kan susah.

 CARA 9 (Hantar Ticket@Pertanyaan)

Hantar ticket@pertanyaan kepada pihak nuffnang, tanya je lah apa yang patut.

CARA 10 (Maintain Traffic)

Sila maintain kan traffik atas 100 unique visitors(UV) sehari. Tue pun kalau boleh, kalau x dpt, maintain lebih 20 UV pun ok dah. 

CARA 11 (Selalu Update)

Kalau boleh update blog korang setiap hari, kalau xnak buat la auto publish. Traffic tak tinggi pun takpe, yang penting jangan tamak letak macam2 iklan kat blog, usahakan dulu biar traffic di blog mantap dan lepas tue lantaklah korang nak buat apa pon. Jangan sampai nanti yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran, hehe.

CARA 12 (Status Glitteratti)  

Mengekalkan Status "Glitteratti". Jgn sesekali memadukan Nuffnang dengan meletak banner iklan dari ads network pesaing Nuffnang, melainkan blog korang ni memang popular dan ramai UV. Status keahlian juga diberi keutamaan dimana Nuffnang lebih mengutamakan blog yang berstatus Glitterati. Untuk dapat status ini ialah dengan tidak menyiarkan iklan yg seangkatan dengannya bahasa mudahnya jangan curang. Untuk keterangan lanjut, boleh rujuk/tanya Nuffnang ye.

CARA 13 (Backlink Nuffnang)  

Tulis entry yg ada backlink ke Nuffnang. Cuba la, mana tahu menjadi, saya pun tak sure macam mana, tapi kalau tengok mereka-mereka yg selalu dapat BE ni memang rajin buat entry ucap terima kasih kat Nuffnang dan link balik ke website nuffnang kan, korang perasan tak? Ada jugak yg backlink ke pihak pengiklan contoh dia dapat BE dari Maxis iPhone 4 Entry LR ,tak pun dari VW 0.5% Golf GTI & Polo LB, atau dari Maxis BB Torch White LR, atau Prudential Branding LB, paling tidak pun dari Astro Beyond One HD LB mesti dia akan buat backlink balik ke pihak pengiklan tu ?

CARA 14 (Loading Time)  

Jangan beratkan blog korang dengan meletak terlalu banyak widget. Secara logiknya blog yg terlalu berat atau lambat loading kemungkinan untuk pengunjung mengulang semula kunjungan adalah sedikit melainkan blog korang memang menjadi tumpuan atau popular dan entry korang memang superb seronok untuk dibaca, tak pun penuh ilmu, tips atau tutorial yg nak tak nak orang akan tetap berkunjung semula. Blog yg terlampau serabut dengan widget mungkin akan menenggelamkan banner iklan yg dipasang seterusnya mengurangkan peratusan blog anda dipilih oleh pengiklan.

CARA 15 (Tips Terakhir)   

Kalau korang dah buat semua tips2 nie, tapi still tak dapat BE juga. So, pergilah rajin-rajinkan diri untuk bertanya pihak Nuffnang sendiri. Luahkan perasaan korang padaNuffnang. Beritahu la apa masalah korang. So far, tak pernah pihak Nuffnang reply lambat rasenye. Kalau lambat tue pun maybe diorg nak tgk ape masalah blog korang ke, sabo la sikit ye.

Credit to : Jamaluddin

3 comments:

  1. thanks for the info. nie tips paling banyak sepanjang dok buat research and homework tentang macamana nak dapat BE ni :)

    ReplyDelete

Baca je? Komen la sikit..