secara tiba-tiba, rumah yang dibina bersama itu mula dihujani hujan yang lebatnya..ada lubang-lubang di atap yang belum sempat ditutup memberi peluang air hujan mengalir masuk..ada taufan yang ditiup kencang hampir menerbangkan pintu dan atap..namun, tidak semua gusar..ada yang tidur lena tidak dikejutkan..maka terus lena tanpa sedar apa yang berlaku..manakala ada yang kelam kabut sedang berbincang bagaimana mahu mengatasi kejadian ini..ada pula yang sedang berusaha sendirian mengelak dari rumah mereka ranap..tapi mampukah mereka..
ada yang sedar tapi tidak menyedarkan..
ada yang nampak tapi tidak melihatkan..
ada yang dengar tapi tidak mendengarkan..
ada yang kata tapi tidak meluahkan..
salahkah si buta jika mereka tidak mampu melihat..
mengapa tidak yang celik menjelaskan apa yang dilihat...
salahkan si bisu jika mereka tidak mampu berkata..
mengapa tidak yang bersuara meluahkan apa yang tersirat..
salahkan si pekak jika mereka tidak mampu mendengar..
mengapa tidak yang jelas pendengaran tolong dengarkan apa yang tersurat..
=)
No comments:
Post a Comment
Baca je? Komen la sikit..