Bersih 3.0 Apa motifnya?

Jangkaan kehadiran Bersih 3.0 adalah seramai 500 000.. banyak tuu.. rakyat Malaysia ada 28 juta, pengundi berdaftar seramai 12.5 juta.. kalau ditolak pengundi berdaftar dgn jangkaan kehadiran, masih ada 12 juta lagi.. tapi masalahnya 500k nih pun tak sampai, jangkaan sebenar 100-150k ..akuilah, ada peningkatan dr Bersih 2.0

Keselamatan : kasihan dengan abg polis.. member sy yg turun bertugas dr malam tadi beritahu, sebaik tiba di lokasi, apa yg di dengar " anjing sudah sampai,, barua sudah mari".. bayangkan keluarga mereka yg dengar cacian yg dilemparkan tu, bayangkan polis2 itu keluarga anda.. Takpelah,mungkin polis dilatih dgn cara berhatikan batu dgn cacian nih..kalau itu anda, apa rasa?

Motif : 8 usul ? ok cantik, siap ajak orang BN turut serta, demi sistem demokrasi katanya.tak nafi la ada laungan usul-usul nih, Tapi yg didengar lain adalah laungan "musnahkan BN, musnahkan Najib, turun bala kepada Najib,".. Jadi apa mesej sebenar yg cuba dibawa dlm demonstrasi ini?


Perhimpunan Aman : aman ke? kereta polis diterbalikkan, pistol polis dicuri, botol dibaling, menganggu jalan sekitar KL.. apakah maksud aman disitu? .. oklah, sy terima juga bila mana kereta polis yg diterbalikkan itu sebab ingin selamatkan mangsa.. mudah je, perhimpunan akan jadi aman tanpa ada masalah jika mereka ikut arahan yg telah ditetapkan, kalau tak takde sampai eksiden, takde sampai membaling botol dan macam2 lagi...

terasa ? sorry la, saya bukan penentang BN, bukan juga penyokong PR.. saya cuma mendokong kerajaan dan pemimpin saya, walaupun parti mana sekalipun memerintah..

~Sesungguhnya Rasulullah s.a.w amat keras melarang sikap suka merendah-rendahkan pemimpin. Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Para pemimpin adalah naungan Allah di muka bumi. Barang siapa yang memuliakan pemimpin, Allah akan memuliakannya. Barang siapa yang menghina pemimpin, Allah akan menghina akan dia.” (Riwayat Baihaqi)~

~Imam Ibnu Abi Ashim dalam kitabnya As-Sunnah, daripada Muawiyah bin Abi Sufyan, dia berkata: Ketika Abu Zar keluar menuju Robadzah, dia bertemu dengan sekelompok penduduk dari Iraq. Mereka berkata: ”Wahai Abu Zar, kami sudah tahu apa yang dilakukan pemimpin terhadapmu. Duduklah dan pacakkanlah bendera pemberontakan, maka orang-orang akan datang kepadamu.” Abu Zar menjawab: ”Tenang… tenang, wahai saudara seislam. Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, “Akan ada peninggalanku, iaitu para pemimpin. Hormatilah mereka. Barang siapa yang mencari kejahatan atau keburukannya, sesungguhnya dia telah meruntuhkan dinding Islam. Tidak akan diterima taubatnya hingga dia mengembalikan dinding yang dirosakkan itu sebagaimana sedia kala.”~

No comments:

Post a Comment

Baca je? Komen la sikit..