Hadis Hassan ialah hadis yang sanadnya bersambung dari awal hingga akhir, disampaikan oleh pelapor yang adil, kekuatan ingatannya (dhabit) kurang sedikit daripada ingatan pelapor hadis shahih, tanpa ada sebarang syaz dan juga 'illah.
Hadis dhaif bermaksud hadis yang lemah.Menurut sarjana hadis, hadis dhaif tidak menepati ciri-ciri hadis sahih dan hadis hassan.Tetapi hadis dhaif boleh di naikkan taraf sekiranya ada hadis lain yang boleh menguatkannya.
Hukum menyampaikan hadis dhaif: Majoriti para sarjana hadis membolehkan untuk menyampaikan atau menyebut hadis dhaif tanpa mengatakan itu adalah hadis dhaif.
Bolehkah berhujah menggunakan hadis dhaif :Para tokoh sarjana hadis berbeza pendapat
Pendapat pertama:Tidak boleh sama sekali beramal dan berhujah dengan hadis dhaif walau apa pun tahap dhaif hadis tersebut sama ada dalam perkara hukum -hakam, fadha'il dan targhib dan tarhib.
Pendapat kedua :Boleh beramal dengan hadis dhaif sma ada dalam perkara halal dan haram, fadha'il targhib dan tarhib dan sebagainya dengan dua syarat :1)sebab yang menjadikanhadis itu hadis dhaif adalah sebab yang ringan, 2) Tidak ada lagi hadis lain yang menyebut tentang perkara yang sama disebut dalam hadis dhaif tersebut.
Pendapat ketiga : Boleh beramal dan berhujah dengan hadis dhaif dalam perkara yang berkaitan dengan fadha'il dan targhib dan tarhib.Tidak boleh beramal dengannya didalam hukum-hakam halal dan haram dalam bab akidah.
Hadis maudu' adalah hadis palsu dan merupakan salah satu jenis hadis dhaif. Hadis maudu' adalah hadis yang direka dan dinisbahkan kepada Nabi Muhammad S.A.W
Contoh Hadis Maudu'(hadis palsu)
1)"Sesungguhnya bagi setiap suatu itu mempunyai hati dan hati Al-Quran adalah Yasin. Siapa membaca yasin akan dicatatkan oleh Allah baginya dengan bacaan tersebut seperti membaca Al-Quran sebanyak 10 kali"
2)Membaca doa awal dan akhir tahun juga merupakan dari hadis palsu.
3)Amalan Nisfu Sya'ban
dan banyak lagi hadis palsu..Jadilah berhati-hati dalam menyampaikan sesuatu hadis...
(^___^)v
No comments:
Post a Comment
Baca je? Komen la sikit..