Koleksi Cerita Lawak 2 :)

Cerita 1 :

Suatu hari ada dua orang kaya sedang duduk di cafe, sambil menggosip pemandunya.

Orang kaya I : ” Hei, kau tau tak, pemandu aku ini bodohnya setengah mampus ! Kalau kau tak percaya cuba lihat nie.”

Terus dia panggil pemandunya si King Kong ” King Kong, ini 10 ringgit, pergi ke kedai kereta, dan belikan aku Mercedez.”

King Kong pun menjawab dengan sopan,
” Yes Sir !! Right A way !!” Dengan pantas terus ke kedai kereta.

Orang kaya I itu beritahu ke temannya,
” Nampak? Apa aku cakap….dia buat betul-betul”

Orang kaya II : ” Haha….itu belum apa-apa, kau nak tengok, pemandu aku lagi teruk dari itu. Biar aku tunjukkan pada kau.” Terus orang kaya II memanggil pemandunya Rambo. ” Rambo, pergi ke rumah aku, cuba lihat sama ada aku ada kat rumah ke tidak ?”

Rambo: ” Yes Sir !! Right A Way !!” dan dia terus cabut ke rumah tuannya.

Orang kaya II beritahu kepada temannya tadi, ” Nampak apa yang aku cakapkan ? Dia tak ada otak untuk berfikir, mana boleh aku ada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa.

Tdak berapa lama kemudian, kedua pemandu itu bertemu di jalan,
King Kong : ” Ehh you know, my boss is very stupid laaaahhh. Dia kasih aku 10 ringgit dan suruh aku beli mercedez di kedai kereta, mana boleh ?? Kau kan tahu sekarang kan hari minggu. Semua kedai kereta tutup!!”

Rambo : ” Kau fikir boss kau stupid ha ? boss aku lagi stupid!! Masa dia suruh aku balik rumah lihat, apakah dia ada di rumah…..Padahal dia kan boleh check sendiri telefon je la ke rumahnya!!”

Cerita 2

Hukuman untuk guru.
Seorang wanita muda sedang menghadiri perbicaraan di Mahkamah kerana melanggar lampu merah. Dia menjelaskan kepada hakim bahawa dia seorang guru dan minta supaya perkaranya diselesaikan dengan cepat agar dia boleh segera kembali ke kelasnya.

"Baik, baik," kata Hakim.

"Jadi Anda seorang guru? Sudah bertahun-tahun saya menunggu kedatangan seorang guru dalam perbicaraan saya ini. Sebagai hukumannya, sekarang Anda duduk di meja itu dan tulislah "Saya tidak akan melanggar lampu merah lagi' sebanyak 500 kali."

Cerita 3

Cerita Huruf 'P'...

Paklong Punya Pasal, Pagi-Pagi Pakngah Pergi Pasar. Paklong Pesan Pulut Panggang. Parking Pulak Punyalah Payah. Pakngah Pun Pelik, Pasal Pulak Pagi-Pagi Payah Parking. Pakngah Pun Pusing-Pusing Perhati Parking. Pusing Punya Pusing, Pakngah Pun Pening. Penyudahnya Pakngah Parking Pinggir Parit.

Pening-Pening Pun Perut Pakngah Perlu Penuh. Pakngah Pun Pergilah Pekena Pasembor. Pasembor Pulak Punyalah Pedas. Pergh ! Pedas-Pedas Pun Pakngh Pulun. Pakngah Pulun Pelan-Pelan Pasal Pedas. Pastu Pakngah Pun Pulang.

Pakngah Pulang Punyalah Panas. Pakngah Pun Pasang Penyejuk. Pasang Penyejuk Pun Panas. Pakngah Pun Pelik Pasal Pulak Panas. Pakngah Pun Periksa Penyejuk. Patutlah Panas, Penyejuknya Palsu. Pakngah Pun Pergi Pulangkan Penyejuk Pada Peniaga. Pokemon Punya Peniaga!

Pikir Punya Pikir Pakngah Putuskan Pelihara Puyu. Pakngah Perlukan Peruntukan. Permohonan Peruntukan Pulak Punyalah Panjang Prosesnya. Prosedurnya Pun Payah. Pagi Petang Pakngah Panjat Pejabat Pegawai Perikanan. Pakngah Pun Pedap. Penyudahnya Pakngah Pinjam Paklong .

Pinjam Paklong Pun Paedahnya Pat Persen. Pat Persen Pun, Pat Persenlah. Puyu Punya Pasal, Pedulilah. Projek Pelihara Puyu Perlukan Pondok. Pakngah Pun Perbaiki Pondok Pakngah. Pakngah Paku Papan ... Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang .....

Pengetuk Paku Pulak Patah Patah. Pedulikan Pasal Pengetuk Paku Patah. Pikir Pulak Pasal Perkara-Perkara Penting. Pasal Pimpinan PM, Pasal Pilihanraya, Pasal Pembangunan, Pasal Perpaduan, Pasal Pendidikan, Pasal Perundangan, Pasal Perjalanan Parlimen, Pasal Perairan, Pasal Palestin, Pasal Peluang Perniagaan Pabila Puasa ... Pup .... Pelita Padam !

Penamat

Cerita 4

Seorang pakcik pergi menghantar anaknye ke sekolah dgn moto..semasa dalam perjalanan pulang..ade polis membuat road block...dan menahan pakcik 2....tetapi pakcik 2 xstop...
so polis kejar pakcik 2 sampai dapat..selepas berjaya menahan pakcik 2...polis 2 tanya
"kenapa pakcik xstop mase saya tahan td...pakcik tahu kan salah bawak moto tiada lampu "
dengan slumber pakcik 2 jwab...
" jgn ckp lampu...brek pown xde "...

Cerita 5

Seorang pemuda yang akan berkahwin telah berjumpa seorang bomoh yang juga seorang pakar dalam masalah tenaga batin untuk mendapatkan sedikit petua.

Pemuda : Tok,saya akan berkahwin tidak lama lagi tetapi saya masih belum bersedia. Bagilah petua untuk saya menghadapi malam pertama nanti.

Bomoh : Malam pertama merupakan malam yang sangat penting bagi lelaki. Kamu seharusnya dapat memberi kepuasan yang tidak dapat dilupakan oleh isteri kamu nanti.

Pemuda : Bagaimanakah caranya tok bomoh?

Bomoh : Begini, kamu seharusnya membesarkan alat kelaminmu dan ini akan membuatkan isterimu menjerit pada malam pertamanya.

Pemuda : Bagaimana caranya tok ?

Bomoh : Kamu mesti merendam alat kelaminmu setiap malam dalam air teh setiap malam sehinggalah malam pertamamu.

Pemuda tersebut balik ke rumah dan melakukan apa yang disarankan oleh tok bomoh pada setiap malam.

Pada malam pertamanya,tok bomoh juga berada dirumahnya. Tiba-tiba kedengaran isteri pemuda itu menjerit kuat. Tok bomoh mula terfikir akan kehebatan petua yang diberikannya kepada pemuda tersebut. Tiba-tiba pemuda tersebut keluar dari biliknya dengan wajah yang sedih. Tok bomoh hairan lalu bertanya kepada pemuda tersebut.

Bomoh : Kenapa cepat sangat..?

Pemuda : Saya punya anu memang panjang tok tapi kenapa hanya sebesar pensil saja...?

Bomoh : Adakah kamu ikut petua yang tok ajarkan...?

Pemuda : Sudah tok. Tiap-tiap malam saya merendam saya punya anu dalam segelas air teh.

Bomoh : Teh apa yang kamu gunakan ?

Pemuda : ????????? Mustika Ratu - Slimming Tea tok...

3 comments:

  1. thank kerana cerita lawak ini... mmg kelakor...

    ReplyDelete
  2. Mmg lwak,,sye ske bca tym xde keje..ntuk hburkn hati..mmg bgus ntuk hlngkn borink,,hahahah

    ReplyDelete

Baca je? Komen la sikit..