Assalamualaikum..
Sejenak pada jam 5.47pagi PM ingin berbicara mengenai 4 isu, yang saling berkaitan yg sering menjadi situasi dalam masyarakat ketika ini. Persepsi, Provokasi, Advokasi dan Demonstrasi.. 4 isu ini PM akan terangkan dlm konteks yg tidak sepatutnya berlaku..Melihat dengan keadaan negara sekarang, pelbagai isu yg melanda yg pastinya membuat kita tertanya-tanya apakah ianya benar seperti yang didakwa, apakah ia fitnah mainan semata-mata.
Persepsi : Menyebut istilah ini yg membawa maksud kepada gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran. Ia juga membawa maksud pandangan atau tanggapan kita terhadap sesuatu. Jika dilihat dari aspek kendirian, ianya menanam sikap melihat sesuatu dari aspek yang mendalam. Bagaimana kita cuba mem"batin"kan perkara yg tersirat dengan tanggapan-tanggapan yg kurang enak di dalam hati. Perkara ini selalu ditanam dalam jiwa dan minda bagi mereka yg mempunyai niat-niat yg tertentu demi mencapai tujuan. Pelbagai perkara yang disebarkan walaupun terpaksa menghalalkan cara, mencari dalil-dalil yg bersesuaian dgn cara mereka demi menanam satu sikap pada diri masyarakat untuk membawa tanggapan buruk terhadap sesuatu.
.................................
Advokasi : Mainan persepsi tidak mungkin tidak ditunjangi dengan advokasi. Advokasi merujuk bagaimana mereka bertindak menyampaikan sesuatu untuk memberi persepsi yg buruk, mereka turut menyampaikan pahaman yg cuba dibawa oleh mereka. PM memandang advokasi ini mempunyai kepentingan-kepentingan tertentu dengan cara berkomunikasi dgn pelbagai isu yg dbawa disamping memberi persepsi yg buruk terhadap apa yg ada.. Ok, Let have story here :
Abu merupakan seorang penjual sate .. Laila tidak menyukai sate , tapi beliau adalah peminat burger. Abu cuba ingin membawa Laila supaya membeli satenya . Dengan kepura-puraan Abu membawa Laila berjalan-jalan, lalu dtunjuknya video pembuatan daging burger (klik disini) untuk menghilangkan minat Laila membeli burger disamping cuba memberi Laila persepsi yg buruk terhadap semua burger.. Ditambah dengan ayatnya "perghh, lepas aku tgok video nih, aku dah tak beli burger dah, baik aku makan sate aku hari-hari lagi sodap dr burger ", dgn harapan Laila tertarik dgn satenya itu..
Jadi anda boleh lihat bagaimana kaitan persepsi dan advokasi disini yg bermain rapat demi mencapai hajat. Bagi PM, selalunya ia berkait rapat dengan isu agama dan politik ..pandai2 la korang nk fikir ceritanya ye~~
.................................
Provokasi : Rasanya semua dah tahu apa itu provokasi, tp masih ada juga yg tidak tahu dan tidak pernah mendengarnya. Ianya adalah memberi tekanan terhadap pihak-pihak tertentu, supaya memberi impak terhadap perbuatan, cara dan perangai pihak-pihak tertentu dengan niat mempengaruhi orang lain. Provokasi terhasil akibat berbeza pandangan dr 2 pihak, untuk mempengaruhi orang ramai dgn menyampaikan keburukan, memburukkan pihak lain.. ok, lets continue the story ;
Tidak cukup dengan tunjuk video tadi, Abu dgn niat, membawa Laila melintas kedai burger. Lalu Abu cuba membisik pada Laila " u, dah lepas tengok video tadi ada selera lagi ke nk beli burger, i nak belanja nih ! hehe.. sedap tu daging burger tu, daging fresh lg dimesin".. Tak cukup dengan tu, Abu pergi dekat penyimpanan daging burger, lalu dibuka plastik burger dan ditunjuknya dekat Laila daging tu sambil menangis sebab kesiankan lembu tadi..(over bukan?hehe)..
jadi anda boleh faham bagaimana provokasi tercetus untuk memburukkan pihak lain demi mempengaruhi orang ramai untuk sealiran dan menyokong dengan mereka..
.................................
Demonstrasi : Huhh !! kalau sape yg tak tahu sila, sila dan silalah rujuk encik serba tahu, en.google ye.. Apa kaitan demonstrasi dgn persepsi, advokasi dan provokasi ni? ha ha ha dan ha ha.. demi mencapai hajat la ! malas citer panjang2, mari buat penutupan citer Laila & Abu tadi..
Disebabkan hendak membuat Laila membenci burger. setelah menanam pandangn buruk Laila terhadap burger, beradvokasi secara negatif, dan memberi provokasi terhadap burger lalu Abu mengajak Laila kejalanan untuk mengadakan demonstrasi . Apakah ? demonstrasi memberi hak kebebasan kepada lembu, demonstrasi menyediakan subsidi untuk daging sate, dan sebagainya. Demonstrasi ini dibuat dihadapan kedai burger Uncle John Serenggei untuk terus memburukkan burger-burger tersebut disamping membuatkan Laila dan orang ramai membeli sate..
huhh !! So dah dapat gambaran bagaimana 4 cara ini dimainkan demi mencapai tujuan.. PM jelaskan semua ini bukan utk tujuan ape, supaya kita faham isu yg cuba kita bawa dan apa yg kita dengar supaya kita tidak dikeldaikan oleh pihak-pihak tertentu.. Sepatutnya, perjuangkanlah isu dgn cara yg benar, bukan dengan bermain kotor. Tali tangsi tidak dapat dijadikan tiang rumah, bihun seurat tidak dapat dibuat tali pancing.. (perghh, dasat peribahasa PM) .. Maaf la jika pencerahan diberi masih kurang, menaip dalam keadaan otak yg tepu.. Itu saja dr PM utk kali ni, maaf dipinta buat Laila dan Abu...
No comments:
Post a Comment
Baca je? Komen la sikit..