tegurlah tingkahlaku ku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya...Bantulahlah aku untuk menyelami kalimah ALLAH, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu tika aku leka meluaponya, agar terus menerangi hidupku...Tiupkanlah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahid kekasih ALLAH... Hidup ini...umpama satu perjalanan yang jauh...penuh liku dan cabaran...berpegang teguhlah pada tongkat iman dengan berpandukan suluh agama....sesekali kita terjatuh...ubatilah dengan istighfar dan taubat...INSYAALLAH...kita akan sampai di perkampungan JANNAH...
Ya Allah Sekiranya insan ini adalah pilihan Mu diArashy Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya Sekiranya insan ini adalah isteri yg akan membntu bimbing pejalananku di titianMu Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya Sekiranya insan ini adalah bidadari untuk ku di JannahMu Limpahkanlah aku dengan sifat sabar dan tawaduk akan segala perilakunya Sekiranya insan ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya Sekiranya insan ini jodoh yang dirahmati olehMuKau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah sesungguhnya Aku lemah tanpa petunjukMu Aku buta tanpa bimbinganMu Aku cacat tanpa hidayahMu Aku hina tanpa RahmatMu
Ya Allah Kuatkan hati dan semangatku Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu Jadikanlah aku suami yang disenangi isteri Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu Bimbinglah aku menjadi suami yg Soleh Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan Kerana aku pasrah dengan dugaanMu Kerana aku sedar hinanya aku Kerana aku insan lemah yg kerap keliru Kerana aku leka dengan keindahan duniamu Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku... Aku hanya ingin menjadi muslimin yang dirahmati muslimin yang dikasihi muslimin yang soleh dan suami yang sentiasa dihati isteri
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..
No comments:
Post a Comment
Baca je? Komen la sikit..