Assalamualaikum. terdetik seketika utk berbicara mengenai PTPTN. Isu hangat ketika ini kan. Melihat situasi yg berlaku sekarang, sibuk mahasiswa berdemonstrasi utk memansuhkan PTPTN. Ok disini PM tak nak la ingin berpihak kepada sesiapa, cuma ingin membuka minda sahaja. Bercakap mengenai PTPTN, ianya adalah isu sensitif bagi sesetengah mahasiswa. Ada yg menolak, ada yg menerima dan ada juga yg tidak mengambil peduli.
Perlu diingatkan, untuk pendidikan sebenarnya ianya adalah diistilah sebagai beban negara. Beban bukan bermaksud sesuatu yg tidak patut ditanggung oleh negara, tetapi ianya membawa maksud kepada tanggungan kerajaan terhadap institusi pendidikan. Pendidikan merupakan salah satu tanggungan besar kerajaan selain dari keselamatan dan kesihatan. Perlu diingat, tanggungan ini adalah seperti subsidi yuran pendidikan, subsidi buku, yg terbaru baucer RM200 kpd plajar IPT, tanggungan gaji pensyarah, guru dan staf pentadbiran. Bayangkan beratus ribu pekerja yg bernaung dibawah pendidikan, bayangkanlah tanggungan kerajaan pula bagaimana?
PM bukan tidak sokong PTPTN dimansuhkan, cuma perlu dilihat long-term situation ekonomi negara. Jika PTPTN dimansuhkan, adakah ianya memberi jaminan bahawa tiada cukai-cukai lain dinaikkan? Perlu diambil perhatian, utk memansuhkan PTPTN, negara memerlukan RM 43billion .. Perghh, bukan 43sen! adakah dgn pemansuhan ini kerajaan dapat meneruskan subsidi-subsidi lain seperti minyak, tepung, gula, beras, gas dan sebagainya? Subsidi semakin bertambah setiap tahun berikutan ekonomi dunia sekarang. Takkanlah nak negara maju ikut peredaran masa, tetapi harga barangan spt tahun 30an???
Janganlah memberi persepsi bahawa kerajaan sekarang boros, rasuah dan sebagainya, itulah mainan politik yg bermain dgn provokasi. Sedih melihat mahasiswa diperalatkan oleh politik, tak kira kerajaan atau pembangkang.. PM juga melihat pelajar2 yg menggunakan PTPTN.. Perghh, awal sem aje, makan mau mewah, handphone tukar baru, wayang tiap minggu, awek tak pernah lekang.. al-maklumlah loaded. Mahasiswa perlu ingat, duit itu untuk apa sebenarnya......
Bagi PM, tak perlu mansuhkan, cuma jika boleh hapuskan sahaja bunga 1% itu sudah memadai. Cuma mahasiswa perlu bersabar, kerajaan harus mengkaji ekonomi negara dr segenap aspek, sepertimana kerajaan mengkaji dari dulu hinggakan PTPTN faedah dari 4% dikurangkan kpd 1% sekarang ini.
1% ? ermm, kenapalah kerajaan nak pauu juga ye ? iyelah, nak bayar gaji kakitangan dan pentadbiran yg uruskan PTPTN ni la.... Contohnya, PTPTN beri pinjam RM10 juta, adakah mereka dapat balik RM10 juta pada masa akan datang ? TIDAK, terlalu ramai yg masih TIDAK membayar pinjaman ini walaupun bertahun-tahun sudah kerja, beribu2 gaji, rumah + kereta lagi.. Jadi 1% ini masih juga tidak menampung pinjaman yg sudah diberi apatah lagi menampung beribu-ribu pinjaman baru yg memohon setiap tahun. Pelajar makin bertambah, pinjaman juga bertambah ler....
Berbicaralah tanpa kawalan politik, berbicaralah dengan kebijaksanaan anda yg bertarafkan MAHASISWA, jangan melihat kepentingan diri anda sahaja, fikirkan masyarakat dan juga negara. Kita hanya meminjam duit utk masa depan anak-anak anda...
# FIKIR MATANG, BERTINDAK BIJAK :)
No comments:
Post a Comment
Baca je? Komen la sikit..