Blog Sana-Sini

Pujaan Malaya :


Assalamualaikum..


Terima kasih bagi yg sudi menjenguk blog yang masih kurang lagi ni. Al-maklumlah masih lagi baru, walaupun sudah lama ada tapi baru sekarang nak aktifkan balik. Sebenarnya saya tertanya-tanya apakah fungsi blog bagi sesetengah orang?


1) Personal Diary
2) Hiburan, Celoteh & Santai
3) Menjana pendapatan. Contoh melalui Nuffnang
4) Menyampaikan ilmu
5) Bosan, explore benda baru, & suka-suka..


1 - Personal Diari : Ermm, amat berguna bagi individu yg sememangnya suka mencatat pengalaman-pengaman hidup, suka menyimpan kenangan dan kemudian boleh mengimbas kembali melalui entry-entry yg disimpan.. Kalau ikut zaman dulu punya cara, simpan dalam buku je, berbuku-buku punya diari, nak masuk gambar lagi, aktiviti lg, kenangan pahit,manis, masam kelat dan sebagainya. So tak hairanlah jika masih ramai yg mahu menggunakan blog. Lebih mudah kan~



2 - Hiburan, Celoteh & Santai : Bagus juga, bosan-bosan boleh rehatkan minda. Sesuai dengan semua peringkat, yg kerja yg belajar boleh hilang stress kumpul perkara-perkara santai, hiburkan hati dgn unsur-unsur humor .. Boleh juga hilang bosan :)


3 - Menjana Pendapatan : hehe, yg nih perkara wajib la bagi sesetengah. cer lihat kadang-kadang page di FB, selalu ajer post link blog diorang, al-maklumlah nak tingkatkan earning dan traffic. Bagus juga tu. Tapi biarlah pengisian dlm blog itu berguna, jangan mengaibkan orang, jangan menyebar fitnah,  jangan nak perdaya orang, dan apa2 janganlah yg negatif hanya sbb nk naikkan traffic..


4 - Menyampaikan Ilmu : Bagus bagi sesetngah blog yg memang utk menyampaikan ilmu. Macam kita yg slalu guna utk personal diari ni sekali-kali (berkali2 lg bagus) tak salahkan kalau post yg bermanfaat? alang-alang menggunakan "diari awam" nih, ape salahnya sebarkan ilmu.. Ada guna juga buat saham kita "disana" kelak.. "Sampaikanlah ilmu walau 1 ayat"  ..


5) Bosan, Explore Benda Baru, & Suka-Suka : hehe .. Apa salahnya.. cuba je lah.. macam PM yg masih baru nih..

# Kategori PM : adalah kelima-lima ini :)

No comments:

Post a Comment

Baca je? Komen la sikit..