Showing posts with label Sejenak PM. Show all posts
Showing posts with label Sejenak PM. Show all posts

Tak Apa~

► tak laku tak apa - asal tidak murahan ツ
► tak ada duit tak apa - asal jgn tak ada maruah ツ
► tak popular tak apa - asal tdk gila glamour ツ
► tak kaya tak apa - asal tidak miskin akhlak ツ
► tak mewah tak apa - asal sederhana tanpa duit haram ツ
► tak cantik menawan tak apa - asal teguh menutup aurat ツ
► tak dipandang mulia tak apa - asal Allah beri rahmat dan redha ツ

Hidup & Ujian

Hidup kita tak akan sepi daripada UJIAN..

SUSAH itu ujian, SENANG itu juga ujian.
SAKIT itu ujian, SIHAT itu juga ujian.
MISKIN itu ujian, KAYA itu juga ujian.
Hatta keluarga, isteri dan anak-anak juga adalah ujian buat kita.

Adakah sesuatu yang ada pada kita ini BUKAN UJIAN dari ALLAH??

Kasih Ibu Ayah

αpαbilα ibu bαpα menαngis kerαnα bαnggα dgn αnαknyα, mαkα terpαdαmlαh αpi nerαkα yg ingin membαkαr αnαknyα itu..

Keredhααn Allαh, terletαk pαdα keredhααn ibu bαpα dαn kemurkααn Allαh, terletαk pαdα kemαrαhαn ibu bαpα..

dan αpαbilα IBU kitα menghembuskαn nαfαs terαkhir.. mαkα hilαnglαh sudαh sαtu keberkαtαn dαri Allαh terhαdαp kitα,iαitu doα dαri IBU terhαdαp αnαk²nyα..

Wahai Anak....

Jika kamu tidak mampu menolong ibubapa mu maka

Tak habis-habis lagi dengan BERSIH 3.0

Bukti : ramai yg post gambar dan video utk menguatkan hujah masing-masing.. si A post gambar, si B membalas hujah dgn video.. "bukalah minda sikit, jangan termakan dgn media kerajaan je".. bila mana dikatakan media kerajaan berat sebelah, adakah kita terus menelan berita-berita dari media pembangkang? begitu juga sebaliknya..

Neutral : Sudah semestinya bila ditanya parti mana disokong,mostly mereka akan cakap neutral. Neutral? neutral dengan membahaskan bukti dari sumber-sumber sebelah pihak, bilamana post yg sehaluan, di-like, disanjung. Bilamana post yg bertentangan, diambil bukti dr pihak yg sehaluan lalu ditentang post tersebut.. lepas tu komen "jangan tgok sebelah pihak je, tgok yg ni pula dan nilai sendiri" .. padahal dia sendiri pun dah termakan dgn sebelah pihak je...

Salahkah Mereka ?

RENUNGAN: di dalam sebuah rumah...ada sebuah keluarga..di suatu petang..dalam keadaan yang menyamankan..dengan angin sepoi-sepoi bahasa..ada antara ahli keluarga nya yang sedang enak dibuai mimpi indah..ada yang sedang leka menonton rancangan kegemaran..ada yang sedang usaha menelaah pelajaran..dan ada pula yang sekadar bergoyang kaki tanpa tujuan..

secara tiba-tiba, rumah yang dibina bersama itu mula dihujani hujan yang lebatnya..ada lubang-lubang di atap yang belum sempat ditutup memberi peluang air hujan mengalir masuk..ada taufan yang ditiup kencang hampir menerbangkan pintu dan atap..namun, tidak semua gusar..ada yang tidur lena tidak dikejutkan..maka terus lena tanpa sedar apa yang berlaku..manakala ada yang kelam kabut sedang berbincang bagaimana mahu mengatasi kejadian ini..

Bersih 3.0 Apa motifnya?

Jangkaan kehadiran Bersih 3.0 adalah seramai 500 000.. banyak tuu.. rakyat Malaysia ada 28 juta, pengundi berdaftar seramai 12.5 juta.. kalau ditolak pengundi berdaftar dgn jangkaan kehadiran, masih ada 12 juta lagi.. tapi masalahnya 500k nih pun tak sampai, jangkaan sebenar 100-150k ..akuilah, ada peningkatan dr Bersih 2.0

Keselamatan : kasihan dengan abg polis.. member sy yg turun bertugas dr malam tadi beritahu, sebaik tiba di lokasi, apa yg di dengar " anjing sudah sampai,, barua sudah mari".. bayangkan keluarga mereka yg dengar cacian yg dilemparkan tu, bayangkan polis2 itu keluarga anda.. Takpelah,mungkin polis dilatih dgn cara berhatikan batu dgn cacian nih..kalau itu anda, apa rasa?

Motif : 8 usul ? ok cantik, siap ajak orang BN turut serta, demi sistem demokrasi katanya.tak nafi la ada laungan usul-usul nih, Tapi yg didengar lain adalah laungan "musnahkan BN, musnahkan Najib, turun bala kepada Najib,".. Jadi apa mesej sebenar yg cuba dibawa dlm demonstrasi ini?

Blog Sana-Sini

Pujaan Malaya :


Assalamualaikum..


Terima kasih bagi yg sudi menjenguk blog yang masih kurang lagi ni. Al-maklumlah masih lagi baru, walaupun sudah lama ada tapi baru sekarang nak aktifkan balik. Sebenarnya saya tertanya-tanya apakah fungsi blog bagi sesetengah orang?


1) Personal Diary
2) Hiburan, Celoteh & Santai
3) Menjana pendapatan. Contoh melalui Nuffnang
4) Menyampaikan ilmu
5) Bosan, explore benda baru, & suka-suka..


1 - Personal Diari : Ermm, amat berguna bagi individu yg sememangnya suka mencatat pengalaman-pengaman hidup, suka menyimpan kenangan dan kemudian boleh mengimbas kembali melalui entry-entry yg disimpan.. Kalau ikut zaman dulu punya cara, simpan dalam buku je, berbuku-buku punya diari, nak masuk gambar lagi, aktiviti lg, kenangan pahit,manis, masam kelat dan sebagainya. So tak hairanlah jika masih ramai yg mahu menggunakan blog. Lebih mudah kan~

Mahasiswa dan PTPTN

Pujaan Malaya :


Assalamualaikum. terdetik seketika utk berbicara mengenai PTPTN. Isu hangat ketika ini kan. Melihat situasi yg berlaku sekarang, sibuk mahasiswa berdemonstrasi utk memansuhkan PTPTN. Ok disini PM tak nak la ingin berpihak kepada sesiapa, cuma ingin membuka minda sahaja. Bercakap mengenai PTPTN, ianya adalah isu sensitif bagi sesetengah mahasiswa. Ada yg menolak, ada yg menerima dan ada juga yg tidak mengambil peduli.


Perlu diingatkan, untuk pendidikan sebenarnya ianya adalah diistilah sebagai beban negara. Beban bukan bermaksud sesuatu yg tidak patut ditanggung oleh negara, tetapi ianya membawa maksud kepada tanggungan kerajaan terhadap institusi pendidikan. Pendidikan merupakan salah satu tanggungan besar kerajaan selain dari keselamatan dan kesihatan. Perlu diingat, tanggungan ini adalah seperti subsidi yuran pendidikan, subsidi buku, yg terbaru baucer RM200 kpd plajar IPT, tanggungan gaji pensyarah, guru dan staf pentadbiran. Bayangkan beratus ribu pekerja yg bernaung dibawah pendidikan, bayangkanlah tanggungan kerajaan pula bagaimana?

Insan Kerdil Ini





Insan kerdil ciptaan Ilahi ini kadang-kadang lupa ; lupa dengan kurniaanNya yg bercurah-curah.


Insan kerdil ciptaan Ilahi ini kadang-kadang lupa ; lupa dengan orang yg telah telah dihina, dicemuh, didendami oleh manusia bangsat demi memperjuangkan agama Allah yg kekal hingga kini.


Insan kerdil ciptaan Ilahi ini kadang-kadang lupa ; lupa dengan orang yg telah membesarkan kita tanpa meminta apa-apa balasan..


Insan kerdil ciptaan Ilahi ini kadang-kadang lupa ; lupa dengan sahabat yg berada ketika susah dan senang..


Insan kerdil ciptaan Ilahi ini kadang-kadang lupa ; lupa dengan tanggungjawab hidup bermasyarakat..


Insan kerdil ciptaan Ilahi ini ...........

Manusia dan Emosi :)

Pujaan Malaya :


Sejenak PM terfikir dengan sifat & sikap manusia. Sifat manusia yg berbagai yg mewarnai masyarakat . Ada yang dingin, ada yang emosi, ada yg pemarah, ada yg penyabar, ada yg pendendam, ada yg sensitif, ada yg berbagai lagi. Sifat-sifat inilah yg mempelbagaikan hidup dalam masyarakat.. Cuba bayangkan jika semua memiliki sifat yg sama spt sifat pemarah.. Perghh, bayangkan situasi ni :


Situasi 1 ; 
Pelanggan : Woi, nak order ni !
Pelayan : ha ! hang nak makan apa !
Pelanggan : mee goreng 1 la bangang oi !
Pelayan : puihhh..ok !


Sejenak pada 2:36 pagi

Pujaan Malaya (PM) :

Apakah yang dicari , apakah yang diburu, apakah yang diidamkan. kadang-kadang tak faham dgn sikap manusia. Tak pernah cukup, tak selalu bersyukur dan tak tahu malu.. Apakah mereka mempunyai apa yang kita ada ?

# Alangkah lebih baik jika kamu mensyukuri segala nikmat yang Tuhan beri, daripada terus menghitung kekuranganmu..


Mengutuk, Mengeji dan Menghina. Kadang-kadang tak pasti apa yang berlaku. Kita menghukum mereka tanpa tahu apa yang mereka lalui. Adakah kita berlaku adil ?

# Kenali dahulu, Hakimi Kemudian..

Marah, Sedih dan Merajuk. Kadang-kadang kita lupa sesuatu. Kita tidak tahu dibalik marah mereka sembunyinya sifat sayang, sedih mereka terukirnya senyuman, merajuk mereka inginkan perhatian. Adakah kita rasa apa yg mereka rasa ?