Insan Kerdil Ini





Insan kerdil ciptaan Ilahi ini kadang-kadang lupa ; lupa dengan kurniaanNya yg bercurah-curah.


Insan kerdil ciptaan Ilahi ini kadang-kadang lupa ; lupa dengan orang yg telah telah dihina, dicemuh, didendami oleh manusia bangsat demi memperjuangkan agama Allah yg kekal hingga kini.


Insan kerdil ciptaan Ilahi ini kadang-kadang lupa ; lupa dengan orang yg telah membesarkan kita tanpa meminta apa-apa balasan..


Insan kerdil ciptaan Ilahi ini kadang-kadang lupa ; lupa dengan sahabat yg berada ketika susah dan senang..


Insan kerdil ciptaan Ilahi ini kadang-kadang lupa ; lupa dengan tanggungjawab hidup bermasyarakat..


Insan kerdil ciptaan Ilahi ini ...........



akan cuba sedaya upaya penuhi hidupnya dengan penuh kesyukuran atas limpah kurnia dan iradatnya dgn apa yg ada dlm hidup ini ...


akan cuba mengamalkan sunnah baginda dan cuba terus menegakkan agamaNya di muka bumi ini ...


akan cuba menghargai dan menjaga mereka seadanya selagi nyawa dikandung badan ...


akan cuba mensyukuri seadanya kerana mempunyai sahabat-sahabat yg setia ...


akan cuba membawa hidup ini untuk bersama masyarakat demi memperolehi keberkatan sejagat ...

No comments:

Post a Comment

Baca je? Komen la sikit..