Pujaan Malaya :
Assalamualaikum..
Sejenak pada jam 5.47pagi PM ingin berbicara mengenai 4 isu, yang saling berkaitan yg sering menjadi situasi dalam masyarakat ketika ini. Persepsi, Provokasi, Advokasi dan Demonstrasi.. 4 isu ini PM akan terangkan dlm konteks yg tidak sepatutnya berlaku..Melihat dengan keadaan negara sekarang, pelbagai isu yg melanda yg pastinya membuat kita tertanya-tanya apakah ianya benar seperti yang didakwa, apakah ia fitnah mainan semata-mata.
Persepsi : Menyebut istilah ini yg membawa maksud kepada gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran. Ia juga membawa maksud pandangan atau tanggapan kita terhadap sesuatu. Jika dilihat dari aspek kendirian, ianya menanam sikap melihat sesuatu dari aspek yang mendalam. Bagaimana kita cuba mem"batin"kan perkara yg tersirat dengan tanggapan-tanggapan yg kurang enak di dalam hati. Perkara ini selalu ditanam dalam jiwa dan minda bagi mereka yg mempunyai niat-niat yg tertentu demi mencapai tujuan. Pelbagai perkara yang disebarkan walaupun terpaksa menghalalkan cara, mencari dalil-dalil yg bersesuaian dgn cara mereka demi menanam satu sikap pada diri masyarakat untuk membawa tanggapan buruk terhadap sesuatu.
.................................
Advokasi : Mainan persepsi tidak mungkin tidak ditunjangi dengan advokasi. Advokasi merujuk bagaimana mereka bertindak menyampaikan sesuatu untuk memberi persepsi yg buruk, mereka turut menyampaikan pahaman yg cuba dibawa oleh mereka. PM memandang advokasi ini mempunyai kepentingan-kepentingan tertentu dengan cara berkomunikasi dgn pelbagai isu yg dbawa disamping memberi persepsi yg buruk terhadap apa yg ada.. Ok, Let have story here :
Abu merupakan seorang penjual sate .. Laila tidak menyukai sate , tapi beliau adalah peminat burger. Abu cuba ingin membawa Laila supaya membeli satenya . Dengan kepura-puraan Abu membawa Laila berjalan-jalan, lalu dtunjuknya video pembuatan daging burger (klik disini) untuk menghilangkan minat Laila membeli burger disamping cuba memberi Laila persepsi yg buruk terhadap semua burger.. Ditambah dengan ayatnya "perghh, lepas aku tgok video nih, aku dah tak beli burger dah, baik aku makan sate aku hari-hari lagi sodap dr burger ", dgn harapan Laila tertarik dgn satenya itu..
Jadi anda boleh lihat bagaimana kaitan persepsi dan advokasi disini yg bermain rapat demi mencapai hajat. Bagi PM, selalunya ia berkait rapat dengan isu agama dan politik ..pandai2 la korang nk fikir ceritanya ye~~
.................................
Provokasi : Rasanya semua dah tahu apa itu provokasi, tp masih ada juga yg tidak tahu dan tidak pernah mendengarnya. Ianya adalah memberi tekanan terhadap pihak-pihak tertentu, supaya memberi impak terhadap perbuatan, cara dan perangai pihak-pihak tertentu dengan niat mempengaruhi orang lain. Provokasi terhasil akibat berbeza pandangan dr 2 pihak, untuk mempengaruhi orang ramai dgn menyampaikan keburukan, memburukkan pihak lain.. ok, lets continue the story ;