Khutbah terakhir Rasulullah s.a.w. disampaikan pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijriyah di lembah Uranah, Gunung Arafah ..

WAHAI manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.

Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, seperti mana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.

ABAH,,PULANGKANLAH TANGAN ITA..ITA JANJI TAK BUAT LAGI..

Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...

Kisah Si Kecil Ita...
Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

SEBAB MATA LELAKI GEMAR MELIHAT BADAN WANITA

Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

NAJIS DAN KESIHATAN

MENILAI NAJIS
Kurang makan sayur dan buah boleh menyebabkan najis keras dan kering

RAMAI yang tidak suka berbual mengenainya, terutama di meja makan atau dengan orang yang belum lagi menjadi teman yang mereka boleh bertepuk tampar.

Sungguhpun begitu, ia tetap merupakan isu yang menyusupi fikiran dari masa ke masa.

Topik yang dimaksudkan ialah najis kita dan berapa kerap kita ke tandas dan senang atau susahnya kita melepaskan 'hajat' apabila berada di 'bilik termenung'.

Bagaimanapun, memang wajar ia difikirkan kerana keadaan najis yang bersangkut paut dengan usus, melambangkan tahap kesihatan tubuh kita.

Sumpahan Alam..!

Alam telah pun bersumpah,
pada hari pertama dia diciptakan,
jika dia, disetubuhi tanpa rela
maka,
dia akan mengamuk tanpa belas,
menjadi taufan tanpa ehsan,
membadai pada tanah landai,
pada permai pantai
pada kepulan awan damai
menjadi petir yang getir
menjadi sangkakala di langit dunia
jadi tsunami bagi warga bumi...